Hunger (filem 2023)

Hunger (Melayu: Lapar) ialah sebuah filem drama Thai 2023 arahan Sitisiri Mongkolsiri dan ditulis oleh Kongdej Jaturanrasamee. Filem mengambil tema mengenai memasak dan rahsia gelap di belakang dapur mewah. Filem dimulai dengan Aoy (Chutimon Chuengcharoensukying) seorang tukang masak gerai kecil yang dijemput bagi menyertai industri hidangan mewah sebagai kakitangan pemula Chef Paul (Nopachai Jayanama) seorang jurumasak Thailand yang popular, bersama dengan Tone (Gunn Svasti).Filem ini diisytiharkan oleh Netflix pada 2022 sebagai salah satu daripada enam binaan produksi filem asal Thai baharu. Filem rasmi dikeluarkan pada khidmat penstriman pada April 2023.[1] [2] Ulasan pada filem kebanyakannya positif, dengan penilaian 87 peratus pada web penilai markah, Rotten Tomatoes.[3] Pengkritik daripada Bangkok Post, Tatat Bunnag mengkritik dialog dalam filem yang Ia nilai tidak logik tetapi menyimpulkan bahawa, "walau bagaimanapun, hunger masih berbaloi bagi ditonton, dengan dialognya yang jelek drama ini masih mampu menunjukkan konflik yang menegangkan".[4]